"Opah dah beritahu Abah dua hari lepas." Abah bersuara memulakan perbualan sebaik memanggil Adam masuk ke bilik bacaannya sebaik Adam sampai dari pejabatnya pada hari Isnin itu.
"Pasal apa?" Tanya Adam kurang pasti.
"Sakit Opah. Opah kata, Adam dah tahu." Jawab Abah, Abah baru balik dari Taiping malam tadi. Waktu Abah pulang, Adam belum pulang daripada berjumpa Lipan.
Ini kali kedua Abah balik ke Taiping sejak Adam di Kl. Kali pertama Abah tak ada bercerita apa-apa. Maka, Adam menghubungi Opahnya, bertanya kenapa belum diberitahu kepada Abah tentang sakit itu, maka Opah berjanji, jika Abah pulang sekali lagi, Opah akan memberitahu.
"Hmmmm." Jawap Adam ringkas mengingatkan apa yang diberitahu Maksu dan apa yang pernah dibincangkan dengan Opahnya.
"Kenapa Adam tak cerita?" Tanya Abahnya tenang.
"Dah janji dengan Opah. Opah janji nak cerita sendiri dengan Abah."
"Hmmm, dah lepas nak buat macam mana. Abah tengah fikir nak bawa Opah berubat di sini. Pagi tadi Abah ada
call kenalan Abah di HUKM."
"Hmmm, dia cakap apa."
"Dia nak tengok
medical report Opah dulu. Kemudian, dia akan kenalkan Abah dengan doktor yang berkaitan. Nanti Abah akan usahakan untuk dapatkan
report tu daripada doktor di sana."
"Hmmm." Adam hanya mengangguk.
"Opah dah tahu?" Tanya Adam kemudiannya.
"Abah ada cakap semalam, Abah akan usahakan untuk Opah berubat. Tapi tentang HUKM, belum lagi. Tunggu sehingga Abah dapat apa saranan daripada kawan Abah tu."
"Baguslah tu. Lega rasa hati Adam, sekurang-kurangnya Abah dah tahu."
"Hmmm, lain kali, benda penting macam ni cakap je Dam. memang Adam dah berjanji, tapi ini tentang sakit. Antara hidup dan mati Dam."
"Hmm, tau Bah. Sori." Balas Adam sambil menunduk. Sungguh, dia sendiri sepanjang masa menyimpan rahsia itu, sedikitpun tidak rasa senang hati.
"Iyelah, apa-apa perkembangan, Abah
inform Adam kemudian. Abah belum cerita kat Mama. Tunggu masa sesuai, Abah akan beritahu. Kalau Adam sendiri rasa sesuai, beritahulah Mama.
Adam hanya mengangguk sebelum meminta diri untuk naik ke biliknya. Dia membaringkan dirinya di katil sambil berfikir. Macam mana keadaan Opah sekarang.Mengingatkan itu, laju saja tangannya menghubungi nombor telefon rumah Opah di Taiping.
"Hello, Assalamualaikum." Adam memberi salam sebaik talian bersambut.
"Waalaikumsalam, siapa ni?" Terdengar suara Maksu dari hujung talian.
"Adam, Maksu. Maksu sihat? Tengah buat apa?"
"Oh Adam. Sihat. Tengah lipat kain. Adam sihat? Sibuk lagi ke sekarang?"
"Sihat, macam tulah Maksu. Dah kerja. Aliff dengan Alifah buat apa?"
"Dah tidur. Penat. Tadi Paksu kamu bawak dia pergi mandi sungai."
"Oh ye ke? Maksu, Opah ada?"
"Oh, ada. Nak cakap dengan Opah ke?"
"Boleh jugak, Opah macam mana sekarang Maksu?"
"Macam tulah. Abah Adam ada balik sini dua hari lepas."
"Hmmm, Abah ada cerita."
"Hmmm, Opah pun ada cakap. Dia dah beritahu Abah Adam."
"Hmmm. Opah sihat?"
"Macam tulah. Dia makan ubat. Cepat mengah sekarang ni. Esok ada
check up kat hospital."
"Hmmm" Jawab Adam singkat.
"Maksu panggil Opah ye?"
"Okey."
Tak lama kemudian, terdengar suara Opah.
"Assalamualaikum." Opah memberi salam sebaik mengangkat gagang.
"Waalaikumsalam Opah. Opah buat apa?" Tanya Adam menahan getar.
"Baru sudah jerang air panas. Adam sihat?" Opah bertanya mesra.
"Sihat, Alhamdulillah. Opah?" Tanya Adam kembali.
"Sihat, macam biasa je. Adam baru balik kerja ke?"
"Haah Opah."
"Jangan balik lambat-lambat sangat Dam." Pesan Opah yang tahu Adam semakin sibuk semenjak memulakan praktikal.
"Kerja tengah banyak Opah. Nanti dah tak banyak kerja, balik macam biasa jugaklah Pah."
"Hmm, iyelah."
"Opah dah beritahu Abah?" Tanya Adam meminta kepastian.
"Dah, Abah kamu balik hari minggu hari tu. Opah dah beritahu. Dia marah, tak beritahu dia awal-awal. Dia juga marah, kenapa kamu berdiam aje. Opah cakap, Opah yang tak bagi kamu cakap kat dia."
"Hmmm, Abah dah beritahu tadi."
"Hmmm, tak apalah. Cakaplah kat Abah, tak payah susah-susahkan pasal Opah." Pesan Opah untuk sekian kalinya.
"Hmmm, tunggulah Pah. Tengoklah dulu, apa Abah boleh buat." Adam menjawab perlahan.
"Inilah sebabnya Opah tak nak beritahu Abah kamu." rungut Opah dalam nada sesal.
"Tapi dia anak Opah. Dia tak rasa senang lagi tak berusaha Pah."
"Hmmm. Entahlah Dam."
"Tak apalah Opah, tengoklah dulu."
"Hmm, iyelahh. Kata Abah kamu, kamu dah pakai kereta."
"Dah. Abah belikan. dah dekat sebulan Pah. Oh Adam tak beritahu ye?"
"Kamu tu, kalau telefon asyik tanya pasal Opah. Mana nak sempat cerita pasal kamu."
"Hehhehe. Lupa Opah."
"Kamu ni. Iyelah, kamu kerja elok-elok. Jaga kesihatan kamu sendiri. Jangan duk fikir sangat pasal Opah kat sini."
"Insya Allah Opah. Tapi pasal Opah pun saya takkan boleh lupa jugak."
"Kamu ni memang, sama macam Abah kamu jugak. Dahlah. Dah pukul berapa ni, Opah pun dah mengantuk. Kamu tak nak masuk tidur lagi ke? Esok tak kerja?"
"Kerja Pah. Yelah. Selamat malam Pah. Assalamualaikum.
"Waalaikumsalam." Jawab Opah menamatkan panggilan Adam. Adam berteleku di kaki katilnya sebaik selesai berbual dengan Opahnya. Lama dia di situ sebelum melepaskan satu keluhan berat. Akhirnya dia bangun untuk mandi dan tidur. Tapi yang pastinya tidurnya tidak begitu lena.
......................................
Bengang betul Nisa bila ada orang suka-suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Tadi, Ina yang tak tahu apa turut sama terkena tempias amarah Nisa. Nisa masih sakit hati waktu itu. Kisahnya, ada seorang budak praktikal baru dari politeknik. Namanya Mia. Mendengar namanya sahaja pun dah buat Nisa bengang. Nisa sedang menyiapkan jadual-jadualnya yang berkait dengan satu laporan audit. Mia datang meminta tolongnya. Lantas Nisa tanpa banyak kisah, menolong Mia. Selesai menolong, Nisa kembali mengadap kerjanya yang tadinya tergendala. Tengah - tengah buat, En Fadhil datang memanggil. Mesyuarat tergempar. Semua jadualnya diperlukan malam ini. Nisa tak kisah lagi waktu itu. Tapi kemudiannya Mia bersuara.
"Saya punya
part dah siap En Fadhil."
"Ha, bagus. Baru masuk dah tahu buat, tahu ikut
dateline."
Bengkaknya hati Nisa mendengar. Dahlah tu, Mia langsung tidak memberitahu yang dia sudah menghabiskan masa hampir saja membantu Mia. Bukan setakat itu, sewaktu Nisa gagal menunjukkan satu daripada jadual yang perlu disiapkan, dia boleh lagi buat muka macam bagus. Siap boleh berkata
"Saya boleh buat Kak Nisa punya
part kalau dia tak boleh buat En Fadhil."
Ija yang juga kebetulannya ada di situ sudah buat muka menyampah. Nisa dah tak mampu bersuara. Sakit hati. Dengan marah Nisa bangkit dari kerusi sambil berkata.
"Tak apa, saya tahu buat. Kalau saya ni jenis tak tahu, tak adalah saya boleh menunjuk ajar orang." Mia hanya buat-buat tak faham dengan jawapan Nisa. En Fadhil langsung tidak faham. Dia hanya memandang Nisa yang berlalu pergi.
Balik ke tempat duduknya, telefonnya berdering.
"Hello" Jawab Nisa garang tanpa melihat nama pemanggil dan tanpa mendengar betul-betul nada dering yang telah disetkan untuk Adam.
"Weh, apasal ni? Baru telan tebuan ke?" Adam bertanya, terkejut dengan sambutan Nisa.
"Haah, kau nak apa?" Nisa masih dalam nada yang sama.
"Woish! Sapa buat kau marah ni?" Adam bertanya, faham benar mesti ada benda yang buta Nisa jadi macam tu.
"Adalah makhluk Allah tak kenang budi."Jawab Nisa, masih belum reda dengan marahnya.
"Sabar Sa. Kenapa ni?" Tanya Adam prihatin.
"Tak ada apa-apa. Kau nak apa?" tanya Nisa lagi sedikit berlembut kali ini.
"Saja je. Teringat kat kau. Patutlah pun aku teringat. Tengah panas hati rupanya."
"Ek eleh, konon je." Nisa mencemik.
"Aku baru balik dari audit luar ni. Ada kat bawah ofis kau ni. Kejap lagi nak balik ofis balik. jom minum. Aku belanja. Kurang-kurangnya hilangkan panas hati tu."
"Hmmm, boleh gak. memang tengah sakit hati pun ni." Jawab Nisa sebelum berlalu turun.
Adam sedang menunggu di dalam kereta barunya betul-betul di depan tangga ofisnya sebaik Nisa turun.
"Kau dari mana?" tegur Nisa sebaik masuk ke dalam kereta Adam
"Bangsar. Nak pergi mana ni?"
"Jauh, kau cari tempat yang jauh-jauh. Sakit hati aku."
"Hahhaha, rileksla. Mamak okey ke?"
"Tak kisah." Jawab Nisa sambil menilik kereta baru Adam
"Wah, dah kaya kau sekarang. Dah ada kereta." Sambung Nisa lagi sebaik Adam mula bergerak meninggalkan ofisnya.
"Kereta sponsor. Dapat kerja betul, kena bayar sendirilah."
"Iyelah, dah tu manjang nak kena sponsor je ke?"Sindir Nisa pula.
"Hahahhah. Biasalah. Mesti jeles kat aku."Adam membuat ayat memerli Nisa.
"Tak heran. Aku boleh tumpang apa?" Jawab Nisa tidak kisah. Dengan Adam, tidak ada apa yang dicemburunya. Malahan dia berbangga mempunyai kawan seperti Adam.
"Apa cerita tadi?"
"Jangan ditanya. Boleh meletup aku. Tunggu lepas aku makan ais banyak-banyak aku jawab."
"Tak apa, aku boleh je sponsor ais selori." Adam membalas dalam nada berlawak.
"Sa!" Panggil Adam pendek.
"Apa?"
"Saja nak test mood kau." Adam yang sebetulnya ingin bercerita pasal Opah dan Abahnya kepada Nisa. tapi dalam keadaan Nisa yang sebegitu, dibiarkan sahaja cerita itu terbuku di hati.
"Hampeh kau Dam."
"Hehhehe." Adam menyembunyikan rasa hatinya.
Mereka sampai ke kedai mamak tak lama kemudiannya. Nisa memesan air laici, Adam pula memesan Milo panas. Nisa masih belum berasa lapar. Adam pula tidak berselera untuk makan.
"Sa!" Adam mencuba sekali lagi.
"Apa dia? dari tadi duk Sa, Sa." Balas Nisa sambil memandang sekeliling. Suasana hiruk pikuk di dalam kedai mamak itu membuatkan Nisa merasa hidupnya sedikit normal. Tidaklah terperuk di hadapan komputer sahaja.
"Saje je." Jawab Adam kurang pasti dengan keadaan Nisa sekarang ini.
"Dam, kau mesti ada hal ajak aku keluar kan?" Tanya Nisa sambil memandang tepat ke muka Adam, faham dengan cara panggilan Adam.
"Kenapa kau fikir macam tu?" Tanya Adam menduga.
"Kau ingat aku kenal kau sehari dua?"
"Hahhaha, dah berapa hari kau kenal aku Sa?" Adam buat-buat bertanya.
"Tiga ratus enam puluh lima hari darab empat tambah satu tambah kejap, lima bulan kali tiga puluh hari. Berapa erk?" Nisa konon-konon sedang menghitung hari menggunakan jari-jarinya.
"Kau panggil mamak tu, pinjam calculator dia." jawab Adam tanpa nada.
"Kenapa ni? Apahal?" Tanya Nisa perasan akan nada suara Adam. Pasti ada benda serius yang ingin diberitahunya.
"Hmmm, kau ingat apa yang kau pernah dengar masa kat Taiping dulu?" Adam bersuara selepas agak lama terdiam dan Nisa juga hanya menunggu Adam bersuara.
"Pasal apa?" Nisa cuba megingati perkara apa yang Adam ingin sampaikan.
"Yang kau dengar aku dengan Opah sembang." Jawab Adam perlahan.
"Aaaaa, ingat." Jawab Nisa lambat-lambat, mula menyedari tentang arah hala tajuk perbualan mereka.
"Opah dah beritahu Abah aku." Terang Adam sedikit lega.
"Hmmm, Abah kau macam mana?"
"Dia marah aku, sebab tak beritahu dia awal-awal. Dia jugak kecik hati dengan Opah tak beritahu dia. "
"Dah tu macam mana?"
"Entahla, Abah kata dia tengah usaha nak dapatkan
second opinion."
"Hmmm, baguslah tu. Opah setuju ke?"
"Opah belum tahu. Tapi aku rasa Opah sedar Abah mesti takkan berdiam diri."
"Kau pulak macam mana?"
"Entahla Sa. Aku takut sebenarnya. Takut sangat. Kalau Abah tak sempat cari caranya, ataupun takut caranya itu yang menjadi penyebab."
"Dam, ajal maut di tangan tuhan. Sakit, Penawar juga dari Dia. Kadang - kadang kita rasa kita dah buat segalanya, tapi kalau dah ketentuan Dia, siapa kita nak melawan Dam?" Nisa berusaha untuk memulihkan semangat kawan baiknya itu. Sungguh, kala ini sakit hatinya bukanlah apa-apa berbanding dengan apa yang ditanggung Adam itu.
"Aku pun tahu Sa. Sungguh. Tapi entahlah Sa, kadang aku cuba jugak cakap kat diri aku sendiri, tapi aku sendiri degillah."
"Hati kau tak nak terima. Sebab dia orang yang kau sayang dan agak rapat dengan kau."
"Mungkin jugak." Jawab Adam perlahan.
"Sabarlah Dam, kau doakanlah. Moga Allah akan tunjukkan dan permudahkan segalanya."
Tiada jawapan yang keluar daripada mulut Adam. Hanya anggukan tanda menyetujui apa yang disarankan Nisa. Lama Nisa dan Adam membisu. Nisa, memberi peluang untuk Adam menenangkna hatinya. Adam, cuba untuk menyerap saranan Nisa ke otak dan hatinya. Otak mungkin boleh terima, tapi hatinya. Adam kemudiannya mengeluh.
"Kau okey ke ni?" Tanya Nisa kemudiannya.
"Hmmm, okey." Jawap Adam ringkas.
"Dah Maghrib" Ucap Nisa sambil matanya memandang televisyen yang terpasang di dalam kedai mamak itu. Adam turut sama berpaling melihat ke arah yang sama.
"Jom, kau dah ke? Tak nak bungkus makanan?"
"Tak payahlah. Aku lunch lewat tadi. Kau tak nak makan ke? Nak balik ofis balik kan?"
"Haah, balik ofis kejap kot. Ada
discussion."
"Hmm, jangan menyibukkan diri kau untuk lari daripada memikirkannya, tapi kau jugak jangan duk terlebih fikir pulak." Pesan Nisa lagi, risau betul dia dengan Adam.
"Insya Allah. Aku susah hati, aku cari kau lagi."
"Boleh, aku lepas ni boleh jadi doktor hati. Pakar hati."
"Hheheheh, iyelah tu." Adam akhirnya tersenyum nipis dengan lawak Nisa.
"Jomlah." Ajak Nisa seraya bangun. Adam menuju ke kaunter untuk membayar harga minuman yang diminum mereka berdua. Nisa menunggu di depan kedai. Kemudiannya mereka berlalu menuju ke kereta. Di dalam kereta,
"Sa,
thanks."
"Takde hal. Kau kan kawan aku."
"Sungguh, ada benda, dengan kau je aku boleh bercerita."
"Tahu. Carilah aku kalau ada apa-apa, aku kan doktor hati kau."
"Hhahahah, bolehlah, aku bagi pingat kat kau nanti."
"Boleh, pingat apa? AMN, PJK?"
"Hahahha, Pingat gangsa aci?"
"Hampeh kau Dam. Ingat dapat merasa title Dato' ke apa ke."
"Hahhaha, kau ingat aku keturunan raja mana?"
"Raja Kapoor." Jawab Nisa dengan nada lawak sambil mengangkat kening ala-ala hindustan gitu.
"Hahahhah. Thanks Sa.
I meant it."
"Tahu.
My pleasure, Dam"
"
By the way, apa kesnya tadi?"
"Arrrghh, kau ni. Aku dah lupa dah hal tu, kau saja je nak ungkit balik."
"Ceritalah. Kau dengar cerita aku, apa salahnya aku dengar kau punya pulak."
"Tak rugi kalau kau tak dengar cerita macam tu."
"Aku nak tahu jugak." Pujuk Adam lagi. Akhirnya Nisa bercerita dari awal hingga ke saat dia menerima panggilan Adam.
"Hampeh punya budak. Cun sangat ke?" Adam mula memberi komen.
"Apa kaitannya dengan muka dia. Kalau cun sekalipun, kalau dah perangai macam tu, tak ingin aku pandang tau."
"Kau memang tak pandang, kau perempuan, tapi bos kau?"
"Ish, hangin aku dengan minah macam tu."
"Biar jelah dia Sa. lambat laun orang tahu jugak sapa buat kerja sapa tak."
"Hmmm, tapi kan aku terfikir, itu balasan untuk aku ke?"
"Kenapa pulak?"
"Kan aku selalu gunakan kau untuk siapkan kerja aku masa zaman kat U dulu."
"Kau lain. Kau tak pernah gunakan aku. Dah aku tak pernah bagi kau gunakan aku. Dan kau bukan orangnya ambik pingat atas usaha orang lain."
"Pingat lagi. Dah berapa pingat aku dapat hari ni?"
"Hahahaha, saja, aku suka bagi kau pingat. Tapi aku cakap apa yang betul. Kau dengan budak tu,
totally different stories."
"
What is the difference?" tanya Nisa tidak puas hati dengan jawapan Adam.
"Kau tak pernah buat cerita bukan-bukan. Kau pun tak pernah tikam aku dari belakang."
Nisa mengangguk dengan jawapan Adam. Terasa dirinya dihargai.
"Tu apasal terangguk-angguk tu?"
"Tak ada apa, saja." Jawab Nisa buat endah tak endah, karang kena kutuk pulak kalau Adam tahu aku tengah perasan, ahhahhah.
"Eh, kau nak sembahyang Maghrib kat mana ni? Sempat ke balik ofis?" Tanya Nisa sebaik Adam membelok masuk ke simpang jalan menuju ke ofisnya.
"Haahlah, dah tujuh empat puluh lima." Adam emmbalas sambil matanya melirik kepada jam digital di
dashboard keretanya.
"Kau sembahyang sini je lah, tumpang kat surau ofis aku." Saran Nisa.
"Eh, bos kau tak marah ke?"
"Aik, tumpang solat, takkan dia nak halau."
"Manalah tahu,
no outsiders are allowed."
"
Client aci je naik, kau kira kawan aku, lepas jelah ... kot."
"Ni aku tension ni, kot-kot kau tu bukan boleh pakai."
"Hahahha, aci je. Jom." Ajak Nisa sebaik Adam meletakkan keretanya di hadapan ofisnya.
Adam hanya menurut kemudiaanya. Semasa sampai di dalam ofis, kelihatan En Fadhil, Ija, Kak Thia, Kak Ida, En Fuad dan tiga lagi budak lelaki dan dua lagi budak perempaunyang maish tinggal di ofis tu. Tidak kelihatan kelibat Mia di mana-mana. Manakala bos bahagian besar-besar memang tiada di tingkat itu. Semuanya terletak di tingkat atas. Nisa menggamit Adam untuk masuk. Dia melalui En Fadhil dan memperkenalkan Adam sebagai kawannya yang ingin menumpang solat Maghrib. En Fadhil hanya mengangguk. Nisa perasan ada mata-mata yang duduk memerhatikan mereka. Kak Ida dengan Ija sudah sengih sampai ke telinga. Aduss, matilah aku kena giat kejap lagi.
Nisa menunggu sehingga Adam selesai solat, baru dia pula menunaikan solat. Adam minta diri untuk balik terus sebaik selesai solat. Nisa hanya membiarkan. Adam bersalaman dengan En Fadhil dan En Fuad yang berada di situ sebelum mengukir senyum kepada Kak Ida. Orang lain dia tak kenal, jadi dia hanya buat muka biasa je.
Selesai Nisa solat, terus Ija dan Kak Ida datang menerpa.
"Hoohohooh, pergi
dating ye?"
"Hhahahhaha." Nisa hanya tergelak besar.
"Dah hilang dah marah kau kat minah tiga suku tu?"
"Kuasa aku nak ingat." Nisa menarik muka dengan soalan itu.
"Biar je dia tu Nisa, orang macam tu jangan dilayan." Kak Ida pula menambah, cuba memujuk hati Nisa.
"Takpe kak, dia dah cool. Baru jumpa si buah hati."
"Korang ni, memandai je. Bukan buah hati daaaa, aku ni doktor dia tahuuu."
"Doktor? Kau bukan budak Accounting ke?" Ija dah naik pelik.
"Doktor hati kot." Kak Ida serkap jarang. Nisa hanya tergelak. Malas nak memanjangkan cerita tu.
"Kak Ida tak balik?" Tanya Nisa mengubah tajuk.
"Kejap lagilah. Lapar rasanya."
"Tapi ada orang tu mesti dah kenyang." Serkap Ija pula.
"Memang, kenyang sakit hati." Jawab Nisa selamba.
"Hahhaha, ingat dah cool." Ija tergelak-gelak.
"Mandi ais pun belum tentu boleh cool, kalau orang buat aku macam tu."
"Takpelah Nisa, kejap lagi akak nak balik. Masak. Nisa nak makan apa hari ni?
Special order ni." Kak Ida cuba memujuk Nisa lagi.
"Hmmmm, bagi saya ....... apa-apa je lah." Akhirnya Nisa bersuara sambil tersengih setelah konon-konon nak meminta macam-macam.
"Ish dia ni, gaya macam nak order todak masak asam pedas takpun macam nak order ikan paus masak kari, hampeh punya budak." Kak Ida hanya tersenyum.
Kak Ida berlalu kemudiannya. Tinggal Ija sahaja di situ.
"Ja, apa cerita lepas aku keluar tadi?" Tanya Nisa sebaik melihat kelibat Kak Ida sudah berlalu.
"Cerita apa?" Tanya Ija,
blur.
"Minah tu lah." Nisa memberi klu.
"Heeh, kau tak payah tanya, tambah sakit hati." Ija menjawab sambil mencemikkan mukanya, pasti diapun naik meluat dengan Mia.
"Kenapa, dia buat apa pulak?"tanya Nisa tidak puas hati.
"Sibuk duk mengendeng dengan En Fadhil tu?"
"Sungguh Ja?"
Ija hanya mengangguk siap dengan muka tak puas hati lagi tu. Ija akhirnya turut berlalu ke mejanya dan Nisa mula menyambung kerja. Dia balik ke rumah sewanya sebaik selesai apa yang diminta oleh En Fadhil pada pukul sepuluh setengah malam.